Untuk makluman semua, Perkara ini adalah tersebar secara meluas di dalam kalangan tenaga kerja TM di Sabah selama ini dengan kewujudan penyebaran unsur keganasan yang berleluasa secara terbuka di dalam TM apabila beliau (Yang telah di tahan polis) serta isteri beliau secara terbuka menyebarkan fahaman dan propaganda tersebut di kalangan pengurusan TM di Sabah sehingga melibatkan pihak pengurusan tertinggi TM dan pekerja bawahan tidak berani bersuara dan mereka juga diugut untuk menyokong serta memberi sumbangan kepada gerakan tersebut.
Untuk makluman bahawa GM Sabah & Head ND Sabah kelihatan secara terbuka untuk menyokong ajaran dan propaganda, kerana yang di tangkap adalah bekerja di dalam pejabat GM Sabah dan isteri yang ditangkap adalah bekerja di bawah Head ND Sabah dan hubungan sesama mereka adalah sangat rapat.
Untuk masa sekarang pentadbiran atasan TM Sabah berusaha untuk menutup kejadian ini dari tersebar kepada umum dari mendapat tahu mengenai perkara ini, Pekerja bawahan TM bergembira atas penangkapan tersebut serta memohon kepada Pihak Pengurusan Tertinggi TM supaya dapat membuat siasatan terhadap perkara ini serta dapat mengambil tindakan yang sangat tegas untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan Negara.
Apa yang lebih merisaukan adalah jika mereka memberikan sumbangan kewangan kepada ISIS tidak mustahil mereka juga.
Kami sangat berharap supaya pihak pengurusan dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan sekali gus dapat mengembalikan reputasi TM.
Submitted by Sabah Roar