Jamain, pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (SORAK), berkata, komunisme dan isu LTTE bukanlah satu Isu besar kepada Sabah. "Tuduhan yang menghubungkan DAP dengan komunisme adalah perkara biasa di Semenanjung Malaysia dan pada hakikatnya, wujud lebih daripada lima dekad sekarang.
"Saya menggesa DAP Sabah, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Sabah dan para pemimpinnya untuk tidak bermain pekak dan bengap terhadap ancaman dan penghinaan terhadap orang-orang asli dalam audio/video viral oleh seorang Yang mmengisytiharkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu. Mereka harus mengambil serius perkara ini kerana ia bersangkut paut dengan kita, tanah air kita Sabah," tegasnya.
Beliau melahirkan sedih dengan ucapan perkauman oleh Datu Akjan yang tidak harus dikecualikan dan pihak berkuasa harus melihatnya dengan serius dan harus mengambil tindakan terhadapnya.
![]() |
Pengerusi Sorak Jamain Sarudin |
"DAP Sabah harus menumpukan perhatian mereka kepada Sabah dan bukannya mengatasi isu-isu yang tidak membimbangkan Sabah. Berhentilah cuba menari dengan rentak lagu bos anda di Semenanjung Malaysia," katanya.