Yong: "Tuntutan Sulu di Sabah, kebisuan Shafie merisaukan" | "Sulu Claim on Sabah, Shafie's Silence disturbing"


Oleh Datuk Yong Teck Lee, Bekas Ketua Menteri, Presiden SAPP

Koa Kinabalu, Rabu, 19 Ogos 2020. Kebisuan Ketua Menteri Sabah yang memekakkan telinga mengenai isu tuntutan Filipina / Sulu terhadap Sabah telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat mengenai kegagalan kerajaan Sabah untuk menentang propaganda dari Filipina dan keluarga Kiram.


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pegawai dan media pemerintah Filipina secara agresif membangkitkan isu tuntutan Sabah. Kejadian terbaru adalah ketika menteri luar Filipina, Teodore Locsin Jr., pada 27 Julai 2020 membidas  Kedutaan AS yang mengatakan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Malah media Jepun (Nikkei) telah mengambil perkara itu. Bagaimana mungkin pemerintah Sabah buta dan pekak terhadap isu penting yang telah dilaporkan di media antarabangsa?


Sejurus selepas kenyataan Locsin, Menteri Luar Malaysia (Dato Hishammuddin), mantan Menteri Luar Negeri Datuk Anifah Aman, mantan Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman) telah merekodkan kenyataan secara umum dan secara terang-terangan membantah Filipina. Tetapi tidak ada sepotong ayatpun dari Ketua Menteri Sabah. Kebisuan pemerintah Sabah terlihat jelas. Apa yang ada untuk disembunyikan?


Pada bulan Jun, saya telah berulang kali mencabar Datuk Shafie Aqdal dan mantan Menteri Undang-undang persekutuan, Datuk Liew Vui Keong, untuk menjawab beberapa soalan mengenai tuntutan keluarga Kiram yang di ajukan di Mahkamah Timbang Tara Madrid (di Sepanyol) pada tahun 2019. Kes mahkamah seperti ini di negara asing menelan kos sekurang-kurangnya RM2 juta. Keluarga Kiram diketahui tidak mempunyai wang. Oleh itu, dari mana mereka mendapat wang untuk membiayai kes mahkamah mereka di Sepanyol?


Yang lebih menjadi perhatian sekarang ialah mengapa kerajaan Sabah sekarang gagal mempertahankan dan secara terbuka membantah tuntutan Filipina / Sulu terhadap Sabah?


Sebenarnya, media Parti Warisan memberi alasan mudah bahawa tuntutan Filipina / Sulu ke Sabah adalah urusan persekutuan. Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab mengabaikan tanggungjawab mereka untuk melindungi Sabah.


Saya masih ingat bahawa pada 14 Oktober 2019, Filipina, kedutaan negara asing, akan menjalankan aktiviti mengeluarkan dokumen perjalanan kepada warganya di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Setelah memerhatikan orang ramai yang berkumpul di Dewan Masyarakat Luyang pada malam sebelumnya, pada 13 Oktober, saya telah melaporkan kepada pihak berkuasa. Pada masa itu, nampaknya, tidak ada pegawai kerajaan Sabah yang mengetahui mengenai aktiviti Kedutaan Filipina di Kota Kinabalu. Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat, yang merupakan menteri kabinet penuh, tidak mengetahui mengenai aktiviti Kedutaan Filipina dari Kuala Lumpur. Apakah kerajaan di Sabah sudah tidak ujud?


======================================================================

Yong: “Sulu Claim on Sabah, Shafie’s Silence is disturbing”

by Datuk Yong Teck Lee, Ex-Chief Minister, SAPP President

Kota Kinabalu, Wednesday, 19 August 2020


The deafening silence of the Sabah Chief Minister on the issue of the Philippines/Sulu claim to Sabah has raised concerns among the people over the failure of the Sabah government to counter the propaganda from the Philippines and the Kiram family. 


In recent months, Philippines government officials and media have aggressively raised the issue of their Sabah claim. The latest incident was when the Philippines foreign minister, Teodore Locsin Jr., on 27 July 2020 told off the US Embassy for saying that Sabah is part of Malaysia. Even the Japanese media (Nikkei) has picked up the matter. How can it be that the Sabah government be blind and deaf to such a crucial issue that has been reported in the international media? 


Immediately after the Locsin statement, it is on public record that the Malaysian Foreign Minister (Dato Hishammuddin), the ex-Foreign Minister Datuk Anifah Aman, the Sabah ex-Chief Minister (Tan Sri Musa Aman) have openly rebutted the Philippines. But there was not even a murmur from the Sabah Chief Minister. The silence of the Sabah government was noticeable. What is there to hide?


In June, I had repeatedly challenged Datuk Shafie Aqdal and the ex-federal Minister for Law, Datuk Liew Vui Keong, to answer some questions about the Kiram family claim which they filed at the Madrid Arbitration Court (in Spain) in 2019. An international court case of this nature in a foreign country costs at least RM2 million. The Kiram family is known to be poor. So, from where did they get the money to fund their court case in Spain?  


The concern now is why the current Sabah government has failed to defend and to openly rebut the Philippines/Sulu claim to Sabah?


In fact, Party Warisan media had given the flimsy excuse that the Philippines/Sulu claim to Sabah is a federal matter. This is another irresponsible way of abandoning their responsibility to protect Sabah. 


I recall also that on 14 October 2019, the Philippines, a foreign government, was about to issue travel documents to its citizens at the Kota Kinabalu, the capital of Sabah. After noticing the huge gathering crowd at the Luyang Community Hall the night before, on October 13, I had alerted the authorities. At the time, apparently, none of the Sabah government officials knew about the Philippines Embassy activity at Kota Kinabalu. Even the local Assemblyman, who is a full cabinet minister, did not know about the move by the Philippines Embassy from Kuala Lumpur. Is there no government in Sabah?

Subscribe to receive free email updates: