SORAK: DARELL DAN AZIS AKUI KELEMAHAN TIDAK PERLU BAGI ALASAN


KOTA KINABALU: 16 Ogos, 2020; Solidariti Rakyat Sabah hari ini menyelar sikap Darell dan Azis kerana gagal menjalankan tugas mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu PSS, kata Jamain Sarudin Pengerusi Sorak Sabah. 


“Apa yang kita saksikan melalui berita semasa dan media sosial sebaik sahaja cadangan PSS itu mula diperkenalkan ialah Pemimpin Warisan silih berganti mempertahankan cadangan tersebut sebagai yang terbaik bagi menyelesaikan isu pemilikan kad burung-burung dan resit bancian Pendatang Asing tanpa izin di Sabah, apakah pemimpin-pemimpin Warisan, UPKO dan PH boleh menafikannya?, bagaimana semasa kempen PRK Kimanis?”, tambah Jamain lagi. 


“saya tidak melihat, mendengar dan membaca satu pun bantahan PSS daripada Darell, Azis mahupun Shafie dan Madius Tangau, ataupun Christina Liew dan Chan Foong Hin semasa PRK Kimanis”


“Siapakah yang mengangkat White Board dan mengajar semasa PRK Kimanis, bagi memberi penerangan kebaikan PSS?, bukankah Azis Jamman?”


“siapakah yang sebenarnya membuat bantahan PSS, adakah Warisan?, jelasnya tidak!, jadi kenapa sekarang cari alasan untuk melepaskan diri adakah takut dipersalahkan? Kenapa harus takut jika ianya benar? Inilah sikap pemimpin talam dua muka” kata Jamain lagi.


Sorak Sabah telah menganjurkan dua bantahan PSS iaitu pada 15 Disember 2019 di Gaya Street Kota Kinabalu dan kemuncaknya 3 hari sebelum hari mengundi di PRK Kimanis pada 15 Januari, 2020. 

 Pemimpin Sorak Sabah meminta agar Darell dan Azis Jamman segera meminta maaf kepada rakyat Sabah di atas kelemahan mereka, segera berhenti dari menyalahkan orang lain.



PSS atau Pas Sementara Sabah akan menjadi dokumen tunggal menyatukan semua pemilik IMM13, Kad Burung-burung dan resit bancian Pendatang Asing yang dikeluarkan oleh agensi yang berlainan, Sorak Sabah telah membantah perkara ini kerana ianya dilihat sebagai usaha meneutralkan PATI agar memiliki dokumen yang sah. Berbanding sebelum ini IMM13 sahaja yang mempunyai merit dan diperakui kerana dikeluarkan kepada pelarian perang dari selatan Filipina yang melarikan diri dari peperangan saudara di negara mereka sekitar awal 1970-an. Akan tetapi Kad Burung-burung dan Resit bancian PTI tidak langsung diterima sebagai dokumen, melainkan hanyalah satu pendaftaran biasa bagi menggumpul jumlah dan data pendatang asing tanpa izin yang majoritinya dari Filipina.


Sorak Sabah juga telah berulang kali menekankan supaya Kerajaan melaksanakan program Back For Good di Sabah bagi membolehkan Pendatang Haram kembali ke negara mereka secara sukarela sebelum tangkapan dibuat sebagai tempoh program tamat. Akan tetapi PSS seperti yang dinyatakan di Dewan Negara oleh Azis Jamman boleh diperbaharui berpuluh kali hingga 100 kali.


“kos bayaran PSS juga tidak masuk akal, dimana hanya dikenakan RM120.00 bagi tempoh 3 tahun atau RM40.00 setahun”, kata Jamain lagi.


Menurut beliau lagi, Sorak Sabah turut bersetuju dengan apa  yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri semasa menjawap soalan Ahli Parlimen Sandakan, bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan memberikan IMM13 yang baharu dan Pendatang Asing Tanpa Izin diminta untuk balik ke negara asal mereka dengan segera sebelum tindakan undang-undang di ambil terhadap mereka yang engkar. 


Jamain turut mencadangkan agar kos bayaran IMM13 turut dinaikan daripada RM90.00 setahun kepada RM480.00 setahun ataupun RM40.00 sebulan, ianya dikira lebih murah jika dibandingkan dengan bayaran kos kupon letak kereta bulanan DBKK sebanyak RM50.00 sebulan. Kenaikan ini adalah lojik berdasarkan faedah-faedah yang telah dinikmati oleh pemeggang IMM13 di Sabah seperti  boleh bekerja di Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon pas kerja serta anak-anak mereka juga turut mendapat pendidikan serta perkhidmatan kesihatan mengikut budi biacara pihak yang berkenaan.


Subscribe to receive free email updates: